Diabetes

Assalamualaikum dan salam ramadhan..

Al-kisah hari ini ialah Diabetes dan Ramadhan..Terdapat segelintir dari kita yang menggunakan alasan ada Diabetes untuk tidak berpuasa...Ya, memang la korang sakit, tapi apa usaha anda untuk memperbaiki KESIHATAN anda?Hmmmm

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari kita sama-sama mengenali apa itu DIABETES


Google jer, pasti jumpa :)




Dalam gambar di atas kita dapat lihat beberapa tanda-tanda awal penghidap diabetes. Kalau anda ada mengalami salah satu dari tanda-tanda diatas, cepat2 jumpa doktor tau...just in case...

Diabetes ini terbahagi kepada 2 jenis utama, iaitu
  • Insulin dependent (Insulin Dependent Diabetes Mellitus)
  • Insulin independent



Diabetes ni sebenarnya adalah kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang berfungsi untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Sebab tu la kandungan gula tinggi dalam darah. Faham ker? saya harap anda semua faham yer..

Kat gambar ini adalah maksud penerangan saya di atas. Harap anda semua dah faham la :)

1. IDDM (insulin dependent diabetes mellitus @ diabetes awal remaja)

Mereka yang menghidap IDDM ini dapat hidup secara normal dengan bantuan insulin dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat suntikan insulin dalam jangka masa yang singkat.

Ini adalah kerana kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Penghidap IDDM ini biasanya mendapat simptom-simptom awal pada usia remaja atau di bawah usia 40 tahun.

Diabetes jenis ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kalenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukosa kepada tenaga.

Diabetes jenis ini sering didapati pada golongan kanak-kanak atau remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari atau menggunakan pam insulin untuk terus hidup

5%-10% penghidap kencing manis adalah dari jenis ini.

Mereka yang berisiko mendapat diabetes jenis ini adalah serangan sistem immunisasi sendiri (autoimmune), genetik dalam alam sekeliling.

Sekiranya suntikan atau dos insulin yang diambil berlebihan maka besar kemungkinan pesakit diabetes akan mengalami hipoglesimia atau kurang gula dalam darah.

Hipoglesimia boleh diatasi dengan pengambilam makanan atau minuman yang bergula.

2. Independent Insulin (Diabetes bebas insulin)

Diabetes jenis ini juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa

90% hingga 95% daripada penghidap kencing manis menghidap diabetes jenis ini iaitu diabetes bebas insulin...Faham ker ni?

Diabetes jenis ini biasanya bermula dengan ketahanan insulin di mana badan tidak menggunakan dengan berkesan.

Apabila keperluan menggunakan insulin meningkatkalenjar pankreas tidak mampu untuk mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.

Untuk anda mudah paham, pesakit-pesakit diabetes jenis yang kedua ini depa tak bergantung dengan insulin..

Depa punya pankreas bukan nya tak leh nak hasilkan hormon insulin macam jenis hok mula tadi,,cuma depa punya pankreas tu tak leh nak hasilkan insulin yang cukup untuk badan depa...tu yang kena panggil diabetes gak...Faham no....Alhamdulillah

Biasanya berlaku seiring dengan peningkatan usia yang lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam.

Diabetes jenis ini juga semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia.



3. Diabetes ketika hamil (Gestational Diabates)

Diabetes jenis ini selalu berlaku selepas 3 bulan pertama tempoh kehamilan.

Apabila hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu tumbesaran dan perkembangan seseorang bayi.

Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis(rintang) terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin.

Oleh sebab itu pankreas terpaksa bekerja lebih keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin.

Selepas mengandung 90% hingga 95% kembali sembuh.

5% hingga 10% didapati menghidap diabetes bebas insulin.

Wanita-wanita yang mengalami diabetes semasa hamil berrisiko untuk mendapat diabetes dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun.

Diabetes ketika hamil juga menyebabkan risiko yang tinggi bagi bayi untuk mendapat penyakit kuning. Paras billirubin bayi yang tinggi.

4. Diabetes bentuk lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat makanan, jangkitan dan penyakit lain.

Diabetes berbentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Dalam entry yang lain saya akan menerangkan, bagaimana vitamin-vitamin MAGIK shaklee dapat membantu pesakit-pesakit Diabetes.

C U Next Time

Puan Syamsidar Hj Lamat
013-8518058
SID 1118668









Comments

Popular Posts