Just a thought.....

Tanggal 17/7/2014, negara kita dikejutkan dengan nahas MH17 yang telah di tembak jatuh di sempadan negara Ukraine..

37 hari selepas kejadian, barulah jenazah dapat di bawa pulang ke negara kita..itupun hanya 23 jenazah sahaja...tinggal 20 jenazah lagi yang masih belom diketahui nasibnya dan dikenalpasti oleh pihak Belanda..

Saya yang tidak mengenali walau seorang pun dari mangsa nahas terasa juga 'tempias' kesedihan , apatah lagi keluarga mangsa nahas. Tetapi di sebalik negara berkabung dengan kejadian nahas tersebut, terdapat juga segelintir dari kita yang sengaja membuat provokasi di laman2 sosial. Mempersoalkan tindakan negara yang terlalu memberi penghormatan kepada mangsa MH17. Ada pula yang mempertikaikan, kenapa jenazah mangsa di sambut dengan penuh istiadat, sedangkan perwira yang gugur semasa negara di ceroboh di Lahad Datu, jenazah mereka tidak mendapat penghormatan yang sebegitu rupa.

Just a thought of mine, saya rasa tindakan negara berkabung dengan kejadian nahas MH17 adalah satu tindakan yang munasabah. Kenapa saya kata begitu?

Sebab yang amat ketara ialah, meraka adalah 'kambing hitam' yang dijadikan oleh negara yang tengah bergolak..Meraka bukan ada kena-mengena pun dengan isu negara Ukraine yang sedang bergolak..Cuba bayangkan diri anda berada dalam keadaan begitu..memang terasa amat tak patut bukan..Dengan situasi nak beraya bagi mangsa yang beragama Islam, dan bagi yang bukan Islam, mereka nak pulang ke negara tercinta, setelah selesai urusan di luar negara..

Berbeza dengan perwira2 kita yang terkorban masa kejadian di Lahad Datu. Mereka adalah perwira yang sedang bertugas, dan mereka sedia maklom akan bahaya dengan kerja mereka. Ini adalah dua situasi yang berbeza.

Jadi saya rasa tidak ada apa yang patut kita persoalkan sebenarnya..Malah adalah lebih baik sekiranya kita dalam negara Malaysia ini, lebih BERSATU hati. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari..


Al-Fatihah..

Syamz de great.
25/08/14

Comments

Popular Posts