GREY HAIR a.k.a UBAN

Salam sayang semua...

Saya nak sentuh satu isu yang agak sensitif untuk wanita dan lelaki..GREY HAIR a.k.a rambut putih a.k.a UBAN..Hmmmm...siapa yang ada masalah ni cuba angkat tangan...heheheh...ramai yang tak ngaku...entry kali ni saya dapat kat majalah Mingguan Wanita tak pasti pulak bilangan ke berapa...sebabnya kulit depan dah tak ada..

(Di salin semula sepenuhnya dari Majalah Mingguan Wanita segmen Diari Doktor)

Secara umumnya, rambut beruban disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor instrik dan faktor ekstrinsik. Faktor-faktor instrik yang boleh menyebabkan uban antaranya ialah gangguan hormon, enzim, genetik dan pengaruh usia.

Manakala faktor ekstrinsik ialah seperti toksin (racun) akibat penggunaan pelbagai produk pewarna rambut atau syampu, perubahan iklim, tahan pencemaran udara yang tinggi atau rambut tercemar dengan bahan kimia yang merosakkan folikel rambut.

Sesiapa sahaja boleh mendapat rambut beruban tidak kira usia. Sesetengah individu mendapat uban pada usia muda seawal ketika berada di sekolah atau kolej manakala sesetengah individu pula mendapat uban dalam usia 30 hingga 40-an.

Seawal mana seseorang individu itu untuk mendapat uban bergantung kepada gen. Ini bermakna kebanyakan kita akan mendapat uban pada usia yang sama dengan ibu bapa atau datuk dan nenek kita.

Rambut beruban akan lebih kelihatan pada individu yang mempunyai rambut yang lebih gelap berbanding dengan individu yang berambut cerah.Dari saat pertama seseorang itu mendapat beberapa helai uban, ia akan mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk keseluruhan rambut untuk menjadi beruban sepenuhnya.

PUNCA UBAN
1.Hydrogen peroxide

Apa bila kita meningkat usia, jumlah hydrogen peroxide di dalam rambut akan meningkat. Perkara ini terjadi kerana hydrogen peroxide dihasilkan semulajadi di dakam badan manusia. Apabila ia meningkat, ia akan melunturkan warna rambut seseorang itu dan menyebabkan ia menjadi warna putih.

Kenapa hydrogen peroxide meningkat dan menyebabkan rambut putih?Apa yang terjadi ialah enzim di dalam badan yang dipanggil catalase biasanya akan menguraikan hydrogen peroxide. Tetapi, apabila seseorang individu itu meningkat usia, badan akan kurang menghasilkan catalase menyebabkan terjadinya lebihan hydrogen peroxide.

2.Nikotin dan Diet

MEROKOK boleh menyebabkan  rambut beruban. Nikotin dalam rokok yang diserap dalam darah akan menghalang nutrisi yang diperlukan tubuh hingga mengganggu kelancaran perjalanan darah yang mengekang pertumbuhan rambut secara sihat. Diet yang tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah rambut beruban. Pengambilan makanan dan mineral yang mencukupi penting untuk pertumbuhan rambut.

3. Penggunaan Pewarna Rambut

Menggunakan produk pewarna rambut yang berlebihan juga boleh menjadi punca terjadinya rambut beruban. Ini kerana bahan-bahan yang terdapat dalam pewarna rambut tidak hanya melekat pada batang rambut tetapi juga meresap ke dalam liang-liang kulit kepala dan menjejaskan kesihatan rambut.

4. Penggunaan Syampu

Menggunakan syampu yang tidak sesuai untuk rambut juga menjadi penyebab uban kerana tidak semua jenis syampu bersesuaian dengan rambut seseorang individu itu.

5. Rawatan Rambut Beruban

Menigkatkan aktiviti enzim yang menguraikan hydrogen peroxide sambil merangsang pengeluaran melanin dapat membantu rambut daripada menjadi putih dan beruban. Ambil lebih banyak makanan yang mengandungi vitamin B6 dan asid folik.

(Tamat)

Saranan saya sebagai pengedar sah Shaklee, kita patut cuba amalkan supplemen seperti yang saya list kan di bawah ini:

a. Vivix - Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
b. ESP - Rambut dibina dari protin
c. Collogen powder - Menggalakkan rambut sihat
d. B-complex - sumber vitamin B6 dan asid folik.
e. Vita-lea - Mengimbangi nutrien
f. Zinc complex - menggalakkan rambut sihat
g. Carotomax - Antioksidan

Tidak salah untuk kita berikhtiar.Selamat mencuba.!!

Syam'z de great
Luv uoll...
(29/10/14)

Comments

Popular Posts