Kelebihan dan Keunikan Vitamin C

Assalamualaikum...

Saya nak tanya anda semua, apakah fungsi Vitamin C? Rata-rata akan jawab Vitamin C untuk kesihatan kulit. Ya betul, tetapi adakah anda tahu kelebihan dan keunikan Vitamin C yang lain..

Kalau nak tahu, Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protein sistem imuniti yang penting dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid, tairosin dan phenylalanine.

Untuk entry kali ini saya hanya akan bagitau beberapa fungsi Vitamin C yang kurang diketahui umum.

1. Menurunkan risiko serangan jantung.
 - Vitamin C boleh mengurangkan paras "low-density lipoprotein" (LDL) kolesterol yang tidak baik dan pada masa yang sama meningkatkan "high-density lipoprotein" (HDL) atau kolesterol baik
 
- Vitamin C mampu menghilangkan atherosclerosis. Atherosclerosis adalah suatu kondisi dimana arteri jantung anda menebal dan mampu meningkatkan serangan jantung sebab pengaliran darah yang tidak lancar.

2. Mencegah Stroke
- Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai Vitamin C yang tinggi di dalam tubuh kurang berisiko untuk mendapat stroke.

3. Mencegah Asthma
- Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil Vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asthma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran.

4. Mampu melawan kanser
- Vitamin C dikatakan mampu melawan kanser di beberapa tahap dan mampu meminimakan kesan kemoterapi iaitu mual.

5. Mengawal tekanan darah.
- Vitamin C mampu mengurangi tekanan darah dan kerosakan jantung serta ginjal.

6. Membantu merawat infeksi pada vagina (BV)
- Infeksi vagina merupakan faktor umum menyebabkan keputihan dan menimbulkan bau yang kurang enak. Secara peratusan nya yang menghadapi masalah keputihan di kalangan wanita ialah
   a) 30% wanita hamil
   b) 70% wanita tidak hamil
- Kajian menunjukkan bahawa pemberian Vitamin C untuk vagina (250mg selama 6 hari) dapat mengubati bacteria vaginosis (BV) dan cara menurunkan pH vagina dan mengembalikan ke kondisi semula.

Selain itu Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.

Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi Vitamin C dalam dos yang tinggi.

Sekian dulu buat kali ini.Terdapat banyak lagi kebaikan vitamin C ini. Akan dikupas pada entry yang lain ok. Enjoy reading.


Syam'z de great
6/12/14

Comments

Popular Posts