Batu karang pundi hempedu | Kisah ku
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tulisan saya kali ini tidak seperti tulisan-tulisan saya yang terdahulu, di mana kerap kali saya akan merancang dahulu setiap satu butiran yang saya hendak tulis.
Ini adalah ikhlas dari hati saya. Umum maklom saya pernah memberitahu bahawa saya pernah 'menetap' di dalam hospital selama 4 tahun. Untuk lebih spesifik Sarawak General Hospital (SGH).
Ini kerana saya adalah insan yang terpilih untuk mendapat seorang anak yang saangaat istimewa. Saya menjaga anak saya di SGH.
Kisah yang bakal saya kongsikan di sini, bukan lah mengenai anak saya. Tetapi diri saya sendiri.
Kejadian berlaku di sekitar tahun 2011 hingga 2012. Saya kerap mengalami GASTRIK kerana aturan makan yang tidak menentu, walhal di SGH masa makan adalah tetap. Selera yang tidak kena, menyebabkan saya selalu skip makan.
Selalunya saya akan meminta ubat gastrik dari nurse yang bertugas pada masa tersebut. Tetapi kejadian serangan gastrik semakin menjadi2 dan kesakitan yang saya alami sehingga ke belakang tubuh badan saya.
Seorang doktor yang bertugas di wad anak saya pada masa tersebut, telah mengesyaki saya bukan terkena gastrik, walaupun symptom nya sama seolah2 gastrik.
Saya terus di rujuk kepada wad orang dewasa dan telah di periksa dengan teliti. Keputusan nya saluran pundi hempedu telah mengandungi batu karang..
Setiap kali serangan datang saya akan merasa sakit yang teramat sangat. Sehingga mereka terpaksa menyuntik saya dengan ubat PETHIDINE untuk menghilangkan rasa sakit.
Bagi permulaan, saya hanya menjalani satu prosedur yang tidak memerlukan pembedahan, kerana salur pundi hempedu saya bukan lah ada batu, tetapi lebih menyerupai mendakan di dalam salur tersebut.
Saya telah di'tidurkan' dan satu tiub panjang beserta kamera kecil didepan telah dimasukkan kedalam mulut saya, supaya doktor dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Sekaligus, untuk mencuci mendakan di kawasan tersebut.
Untuk beberapa minggu saya BEBAS dari sakit. Saya makan seperti biasa. Tetapi Allah mempunyai rancangan yang lebih baik buat saya. Saya diserang lagi, tetapi kali ini kesakitan terasa amat perit. Doktor menyarankan saya untuk melakukan prosedur membuang salur hempedu beserta dengan pundi hempedu itu. Prosedur ini dikenali sebagai Laparoskopik. Prosedur ini tidak akan meninggalkan kesan parut yang nyata pada tubuh badan.
Saya bersetuju, dan prosedur pun bermula tanpa saya menyedari keadaan sekeliling. Setelah bangun saya merasa sakit di kawasan dada saya. Rupa-rupanya, prosedur laparoskopik saya gagal. Mereka terpaksa juga membelah atau dikenali sebagai OPEN Operation. Doktor memberitahu langkah tersebut di ambil kerana, sewaktu hendak mengeluarkan pundi hempedu saya, ia PECAH di dalam. Untuk mengelakkan jangkitan kuman, maka open operation mengambil tempat. So, sekarang saya mempunyai parut yang amat nyata.
Tetapi Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih diberi NIKMAT SIHAT oleh Allah. Tiada lagi kesakitan itu.
Jadi saya ingin memberi nasihat kepada kawan-kawan dan pembaca-pembaca blog saya ini, jangan AMIK MUDAH sekiranya anda merasai sakit GASTRIK. Bersegeralah mendapat rawatan sebelum terlambat.
Sehingga bertemu lagi.
Wassalam
Syamsidar Lamat

Comments