Apakah ini??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah sahur semua?. Inshaa Allah kita dapat berpuasa dengan tenang tanpa rasa keletihan yang melampau hari ini.

Semalam saya terbaca mengenai kisah seorang wanita yang cuba memberi hak kepada wanita muslim yang tidak berpuasa agar dapat makan di khalayak ramai. Memang gawat. Bagi saya perbuatan wanita ini sia-sia sahaja.

Memang benar, wanita yang uzur tidak boleh menjalankan ibadah puasa, tetapi ini tidak memberikan kita hak agar boleh makan dikhalayak ramai. Sedangkan yang bukan muslim pun boleh meminta maaf sekiranya mereka makan di hadapan kita. Ini kan pula kita adalah seorang yang muslim.

Saya bukan lah seorang ustazah yang layak untuk menegur perbuatan ini, tetapi saya merasakan perbuatan wanita itu tidak patut dilakukan dan agak malu kerana ia datang daripada seorang yang MUSLIM.

Wallahualam.

#bukanniatnaktunjukalim
#justmy2sen


Comments

Popular Posts