1 OKTOBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tak sangka kan, sekarang ni kita dah pun berada dalam bulan Oktober. Dah nak hampir lengkap setahun untuk tahun 2015. Macam mana dengan azam korang untuk tahun 2015 ni.? Ada yang dah tercapai ker? Kalau belom, cuba lagi usahakan. Masih ada baki 2 bulan untuk tahun 2015 ni berakhir.

Kalau saya, target memang tiap2 bulan buat. Al-maklom saya kan orang bisnes (aisehmen). Tetapi Allah belom kasi lagi. Mungkin amalan saya belom cukup untuk meyakinkan Allah bahawa saya patut dapat apa yang saya minta.

Perumpamaan nya mudah. Kita lihat kalau anak-anak kita yang lebih besar meminta untuk kita belikan barang yang mereka nak, kita boleh kata, nanti dulu lah. Anak tersebut tidak menangis meraung-raung di khalayak ramai kan. Paling kuat pun merajuk jer kat kita sebagai parent. Andai kata kalau anak kita yang kecik nak minta barang, dan kita tak belikan. Mau tak nya dia akan MERAUNG2 dalam pasar raya. Malu rasanya kan, kalau kita tak belikan. Begitulah Allah dengan hamba-hamba Nya. Allah akan MALU kalau tak tunaikan permintaan kita, sekiranya kita menangis-nangis seperti anak kecil meminta barang kepada ibubapanya.

Jadi, saya pesan kepada yang Islam, marilah kita gandakan usaha bangun solat malam dan meminta kepada Allah agar tunaikan segala IMPIAN kita untuk tahun ni.

Belom terlambat, masih ada 2 bulan lagi. JOMMM

- UMMI HEBAT cenggini HAAAA-

Comments

Popular Posts