TINGKAT 4 BLOK SEGIEMPAT.6
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama pulak saya stop cerita ni. Maaf yer, saya agak sibuk sikit 2, 3 minggu ni. Sibuk belajar business online. heheheh
Ok kita sambung.
Setelah diberitahu oleh doktor yang bertugas mengenai appointment doktor pakar dari kuching itu, saya dan suami kembali ke wad bersalin. Masa ni, saya belum discas dari hospital. Keesokkan nya, saya mendapat kebenaran untuk keluar dari hospita. Setelah bil saya di bayar, saya pun pulang ke rumah. Bayi saya masih ditahan di wad nursery. Setiap pagi saya akan melawat anak saya itu. Beberapa jam di wad, kemudian saya akan balik semula di sebelah petang nya. Saya tidak berhenti2 memanjatkan doa kepada Allah, agar anak saya selamat dan sihat. Semasa berada di wad itu, saya berjumpa beberapa orang ibu yang juga menghadapi dugaan dari Allah. Ada yang anak nya berpenyakit jantung, ada yang baru dapat anak setelah berbelas2 tahun kawin, tetapi anak pula ada masalah kesihatan. Subhanallah, hanya Allah jualah yang tahu disebalik semua kejadian.
Setelah beberapa malam di wad nursery, anak saya dipindahkan ke wad biasa. Maka semestinya, saya akan menjaga dia di wad. Di dalam hati, ada perasaan gembira, kerana saya dapat memegang dia dan tidur bersama nya sepanjang malam. Dia tidak akan keseorangan lagi.
Sepanjang menunggu doktor pakar dari kuching sampai ke miri, jururawat dan doktor di miri membuat rectal washout untuk mencuba membuang apa2 najis yang tertinggal. Tetapi tiada apa yang keluar. Saya juga di benarkan untuk mencuba rectal washout untuk anak saya sebagai persediaan. Jururawat memberi kata2 semangat untuk saya, dia kata, saya bertuah kerana anak saya cukup sifatnya. Ada bayi yang dilahirkan tanpa lubang dubur. Saya tersentak, ya tak ya juga. Kenapa saya tidak bersyukur dengan pemberian Allah ni. Dah la anak saya ni , TERSANGAT LA COMEL. heheheh. Angkat bakul sikit.
Tetapi saya tidak suka mengambil gambar nya semasa bayi, kerana saya tidak sampai hati. Jadi kesemua keluarga saya belum berpeluang untuk melihat wajah bayi syurga ni.
Untuk memudahkan segala cecair dari dalam badan anak saya keluar, maka doktor telah pun memasukkan NG (nasogastric) dan OG (orogastric) tube sekaligus. Ini untuk mengelakkan dia muntah. Pengeluaran cecair hijau memang banyak. Semua kehilangan digantikan dengan HM. Ini untuk mengelakkan bayi saya kering. Seperti biasa, line bayi akan selalu bengkak. Maka bayi saya akan di set lagi line lain. Saya tidak tahan mendengar tangisan nya menahan sakit di cucuk jarum. Tetapi saya tidak berhenti berdoa agar mereka akan cepat2 dapat set line baru. Begitulah keadaan anak saya sepanjang menunggun kedatangan doktor pakar dari kuching.
Wokeh, nanti saya sambung cerita selepas kedatangan doktor pakar dari kuching.
-UMMI HEBAT cenggini HAAA-

Comments