SIHAT & KAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama juga saya tak update apa-apa stori mori dalam blog saya ni. Saya agak sibuk sikit. Ditambah pulak dengan masalah jerebu yang sedang melanda negara kita sekarang ni. Hari ni dah masuk 4 hari sekolah tutup di sesetengah tempat dan negeri di negara kita ni.

Saya suka tekankan 2 ayat mudah ini:

1. SIHAT itu MAHAL
2. KESIHATAN adalah KEKAYAAN



Anda faham ker maksud disebalik ayat2 mudah di atas? Saya akan terangkan di sini mengikut kefahaman saya dan saya harap anda juga faham apa yang saya faham.

Kenapa sihat itu mahal? Ini kerana anda tahu bahawasanya, tubuh badan kita, fizikal kita, organ-organ dalaman kita tiada GALANG GANTINYA. Ya, memang sekarang banyak teknologi canggih untuk perubatan yang mampu memindahkan organ-organ orang yang telah meninggal dunia yang berhasrat mendermakan organ mereka. Syukur kerana wujudnya teknik perubatan yang sebegini canggih. Tetapi, anda lupa, organ yang didermakan itu, adalah 'SECOND HAND'. Benda-benda yang second hand ini, berkemungkinan ada juga yang bermasalah. Mana yang anda lebih suka, 'FIRST HAND' atau 'SECOND HAND'. Tepuk dada tanya minda. Anda sendiri yang mampu menilainya.



Ayat yang kedua, KESIHATAN adalah KEKAYAAN. Kenapa???Baiklah, saya cuba terangkan begini. Adakah anda sanggup orang bayar anda BERJUTA-JUTA RINGGIT semata-mata untuk menanggung sejenis penyakit???Siapa sanggup?? Betul kan...Tiada orang yang akan sanggup. Kebanyakkan akan mengatakan bahawa lebih rela hidup miskin daripada kaya, tetapi menanggung kesakitan. Betul ker betul??Masih belum faham???

Ok, saya cuba cara ini pulak. Tahukah anda bahawa didalam 'pasaran gelap' harga-harga organ yang dijual amat2 MAHAL. Cuba anda congak sendiri. Harga jantung, tambah harga ginjal, tambah harga paru-paru, ditambah harga hati dan segala organ-organ anda. TAK TERNILAI rasanya.

Diharap anda mendapat manfaat dari tulisan saya kali ini.

- UMMI HEBAT cenggini HAAA -

Comments

Popular Posts