5 Makanan Elak Darah Tinggi

Salam sayang, salam ceria, dan salam sihat...

Kita selalu dengar penyakit darah tinggi. Perkongsian saya kali ini adalah berkaitan dengan penyakit ini Saya ingin berkongsi tip sihat dengan korang semua. Ini saya dapat dari Majalah Mingguan Wanita juga. Saya rasa info ini bermanfaat untuk semua. Harap dapat membantu semua.

5 Makanan Elak Darah Tinggi
(Sumber Majalah Mingguan Wanita)

Umum mengetahui bahawa penyakit darah tinggi tiada penghujungnya. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan jantung harus bekerja dengan lebih keras untuk mengalirkan darah ke seleruh tubuh. Jika tidak dirawat dengan betul, risiko kepada penyakit jantung atau angin ahmar lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, jangan cepat kecewa kerana masih ada cara yang boleh dipraktikkan untuk mengawal penyakit ini. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sesuai diambil bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Info : Masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu

Kacang soya biasa diambil oleh ibu-ibu hamil dengan alasan ia mampu memberi kesan yang baik kepada bayi. Selain itu, ia juga mengenyangkan. Kandungan bahan kalium dan zat semula jadi bermanfaat untuk mencegah kenaikan tekanan darah dalam tubuh sekaligus membuatkan diri lebih cergas dan bertenaga.


 

Bayam kaya dengan magnesium dan kalsium yang cukup 'hebat' dalam mengawal tekanan darah. Oleh sebab itulah pengambilannya amat digalakkan. Masukkan sayur ini ke dalam hidangan harian anda agar tubuh sihat dan bertenaga.







Sebut sahaja coklat, ramai yang menggeleng kepala gara-gara bimbang kenaikan berat badan selain bimbang mengundang diabetes. Sebenarnya, anda masih boleh mengambil coklat gelap sekurang-kurangnya 25-30 kalori sehari. Coklat gelap mengandungi flavanols yang memberi manfaat kepada kesihatan pembuluh darah seperti menurunkan  tekanan darah dan meningkatkan aliran darah ke otak dan jantung.

Tomato sumber makanan yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kandungan bahan antioksidan didalamnya juga membantu menurunkan tekanan darah. Dinasihatkan agar mengambilnya secara mentah dan jadikan ia pengganti kepada makanan ringan. Lebih sihat dan menyeronokkan.













Umum mengetahui bahawa susu mengandungi sumber kalsium, kalium dan vitamin D yang tinggi. Ini amat membantu untuk mengurangkan tekanan darah sekaligus membuatkan tubuh sihat dan cergas. Justeru pastikan anda meminum susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari.


(Tamat)


Kalau kita kaji dari artikel yang saya kongsi di atas, adalah tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa semua khasiat yang disebut dia atas dapat diperolehi dengan mudah melalui supplemen Shaklee.

Kalsium, Vitamin D, Magnesium - OSTEMATRIX
Kacang Soya - ESP
Antioksidan - CAROTOMAX 

Tengok, semua dah ada. Cuma kita yang tak tahu dan tak nak ambil tahu. So apa tunggu lagi. Sila buat pesanan anda sekarang..:)


Syam'z de great

Comments

Popular Posts