Puasa Nazar

Assalamualaikum semua dan salam 1dunia...

Hmmm ketemu lagi saya dengan pembaca-pembaca blog ku yang gojes dan ensem..

Saya nak kongsi dengan anda semua ye...ehemm..ehemm...Hari ini hari ke-3 saya berpuasa.
Saya berpuasa nazar sebenarnya. Actually saya bernazar untuk berpuasa selama 14 hari berturut2. Ini adalah kerana anak saya yang duduk di hospital hampir 4 tahun tu dah boleh keluar dari hospital.Ini cerita last year. Nazar ini saya buat tahun lalu. Alhamdulillah saya tidak menetap kan yang saya mesti buat dalam tempoh tertentu. Last year saya tengah menunggu masa untuk deliver anak saya yang last and then confinement. So, tertangguh juga la niat nak puasa nazar tu.

Alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan nazar saya. InshaaAllah pada 24Nov ini tamatlah puasa nazar saya ini.








Menurut Wikipedia Bahasa nazar itu adalah :

"Janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah yang asal hukumnya tidak wajib"

So apakah persediaan saya untuk berpuasa masa orang lain tak berpuasa???Nak tahu jawapan nya.??





Haaaa...inilah 'senjata' saya Cinch and oat..InshaaAllah...dah masuk hari ke-3 dah pun...Doakan saya dapat habiskan 14 hari ini dengan tenang dan moga puasa saya ini diterima Allah SWT. Amin

Sekadar pengkongsian






 Syam'z de great
12/11/14


Comments

Popular Posts