Kanser Prostat

Salam keceriaan semua..

Kali ni saya nak berkongsi dengan kalian semua pasal kanser prostat. Kanser ini khas untuk kaum Adam. Entry saya pun saya dapat kat dalam Majalah Mingguan Wanita. Maaf kalau ada yang terasa sebab saya selalu ambil artikel dalam majalah tu, tetapi saya rasa saya patut dan harus kongsikan dengan kalian semua sebab saya dapati info nya amat berguna buat semua. Kalau yang dah baca tu, Alhamdulillah...Tapi kalau yang belom baca artikel tu and jarang-jarang beli majalah tu, baik korang layan jer kat sini.


Saban malam melihat suami berulang ke bilik air sehingga mengganggu tidur boleh menjadi petanda awal dia menghadapi penyakit yang serius.

Oleh itu segera sarankan suami berjumpa doktor untuk mencari kepastian agar pencegahan dan rawatan dapat dilakukan kerana penyakit tidak mengenal usia. Jangan pandang remeh gejala ringan, walaupun sekadar demam, batuk mahupun kencing tidak lawas.

Ini diakui oleh Pakar Urology, Hospital Pakar DEMC, Shah Alam, Dr Jamil Merican Mohammed Yacob. Bagi lelaki berusia 40-an ke atas yang mengalami gejala kerap kencing, kencing tidak tus, sukar kencing atau darah dalam air kencing atau air mani, jangan sesekali dianggap remeh.

Individu terbabit perlu segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan awal.Lazimnya beberapa soalan dikemukakan sebelum mendiagnosis gejala terbabit dengan penyakit. Antara penyakit yang dikaitkan dengan gejala ini adalah kanser prostat.

Kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki diseluruh dunia. Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta menjelang 2030. Angka berkenaan tidak mustahil akan terus meningkat jika kaum lelaki masih tiada kesedaran terhadap penyakit ini.

Sumber google: Sekadar hiasan


Gejala

Menurut Dr. Jamil Merican masalah berkaitan dengan organ reproduktif tidak boleh dianggap remeh, walaupun gejala bukan menjurus kepada penyakit serius. Namun lelaki wajar segera mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian.

"Prostat adalah kelenjar bersaiz walnut yang berfungsi sebagai agen yang menghasilkan cairan rembesan tertentu yang mengandungi nutrien mineral. Cairan ini dikenali sebagai air mani."
"Semakin meningkat usia seseorang lelaki peratusan menghadapi masalah berkaitan prostat semakin tinggi. Namun bukan semua gejala adalah simptom kepada kanser prostat. Ia mungkin disebabkan oleh Benign Prostate Hyerplasia (BPH) di mana prostat menjadi bengkak. Lelaki berusia 50-an keatas berisiko tinggi mendapat masalah ini, " terangnya.

Ujarnya lagi, kanser prostat bermula dari dalam kelenjar prostat. Sebahagian kelenjar prostat membesar secara perlahan dan tidak menunjukkan sebarang gejala dalam beberapa tahun pertama.

Pada peringkat awal, kanser dikenali sebagai kanser prostat setempat (terletak diantara prostat). Tidak ada sebarang gejala dan mungkin tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak disekeliling prostat.


Punca

Faktor utama penyebabkanser prostat tidak diketahui. Namun faktor seperti usia, genetik,hormon dan pemakanan sering dikaitkan sebagai punca kanser prostat.

Risiko meningkat apabila lelaki semakin berusia. Peningkatan ketara berlaku selepas usia 50 tahun. Lebih dari 80 peratus kanser prostat didiagnosis pada lelaki berusia 65 tahun keatas.

Lelaki mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi kanser prostat juga berisiko tinggi. Paras hormon testosteron yang tinggi turut menyumbang kepada pembentukan kanser prostat.

Menurut kajian lelaki Barat lebih berisiko mendapat kanser prostat berbanding lelaki Asia. Satu kajian lain mendapati lelaki Jepun yang tinggal di Jepun lebih rendah risiko mendapat kanser berbanding lelaki Jepun yang tinggal Amerika Syarikat. Malah kebelakangan ini lelaki di Malaysia juga semakin berisiko mendapat kanser.

"Ia berkaitan dengan faktor pemakanan kerana lelaki Barat lebih gemar mengambil daging merah, merokok dan mengambil alkohol. Ini berbeza dengan lelaki Asia seperti Jepun yang cenderung mengambil ikan dan syur-sayuran.

"Trend lelaki Malaysia yang menggemari makanan segera secara tidak langsung boleh dikaitkan dengan peningkatan kanser prostat di negara ini,"ujar Dr. Jamil yang turut menyarankan wanita terutama yang bergelar isteri kepada lelaki berusia 50 ke atas agar lebih peka kepada gejala ini dan memberi sokongan kepada pasangan untuk melakukan pemeriksaan awal.

Sumber Google : So sweet...

Rawatan

Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan sama ada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.

1. Pembedahan

Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2 : radikal prostectomy atau radikal radiotherapy.

Radikal (open) prostectomy - melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostat dan seminal vesicles. Kemungkinan nodus limfa di dalam pelvis. Dalam 80 hingga 90 peratus kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.

Transurethral Resection of Prostate (TURP) - kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala sekatan pada saluran air kencing.

2. Radiotherapy

Terapi ini menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Raditherapy selalunya digunakan dalam peringkat ketiga dan sesetengah kes peringkat keempat kanser. Radiotherapy juga adalah kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.

3. Terapi Hormon

Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgen. Oleh itu pengurangan paras hormon boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan androgen atau pelucutan androgen. Penghasilan testosteron boleh dikurangkan sama ada melalui pembuangan kelenjar testosteron atau pengunaan ubat mengurangkan fungsi testis.

4. Kemoterapi

Kemoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser boleh diambil secara makan atau suntikan. Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindak balas dengan hormon.

Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80 peratus.


Ok...sampai itu jer artikel ni. So, macam mana???Harap dapat membantu sesiapa saja yang membaca blog saya ini. Kat sini juga saya sertakan senarai supplement yang sesuai untuk penghidap penyakit ini. Anda boleh cuba atau dapatkan terus dari saya yer...:)

- Vivix
- ESP
- Zinc complex
- Vitamin C SR
- GLA complex
- Vitamin E
- Vita Lea
- Omega Guard
- Carotomax
- Co-Q Health.

Tak semestinya anda ambil semua sekali ok.Ini adalah cadangan sahaja. Kalau dapat ambil semua lagi bagus. Apa-apa hal nanti korang boleh berhubung terus dengan saya ok.

Syam'z de great

Comments

Popular Posts