WAHM

Assalamualaikum...

Saya amat amat amat suka sangat dengan entry yang akan saya kongsikan kat sini..Bukan nya apa, ia amat amat berkaitan dengan diri saya. Nak tahu apa isu yang saya akan kongsikan...
jeng...jeng...jeng...

5 CABARAN AWAL BEKERJA DARI RUMAH

Semua yang bakal saya kongsikan disini juga saya perolehi dari majalah Mingguan Wanita. Ia sebagai peringatan dan juga panduan untuk diri saya sendiri. Saya juga berharap kita dapat manfaat dari entry saya kali ini. InshaaAllah.

Masaayu Ahmad 
Penulis Buku 
Jana RM Dari Rumah
Pengasas Kelas Online Asas Blog &
Penulisan & Asas Blog &
Fanpage

Bekerja dari rumah, bunyinya seronok. Tidak ada masalah lagi dengan kesesakan trafik dan punya lebih masa bersama keluarga. Meniti tahun-tahun awal bekerja dari rumah tentu sekali anda akan mengalami cabaran-cabaran awal sebelum sukses.

Namun cabaran inilah yang menjadikan nilai bekerja dari rumah itu adalah keindahan yang boleh kita belajar untuk lebih matang, sabar dan tidak putus asa. Berikut saya kongsi lima cabaran dan solusi yang sesuai untuk menanganinya.


1. Tidak Mahir Urus Masa.

Kebanyakan ibu muda yang bekerja dari rumah adalah dalam proses membesarkan ahli keluarga. Mereka masih mempunyai anak-anak kecil. Sangat penting dalam situasi ini perlu pandai mengurus anak-anak dan pada masa yang sama pandai mengurus masa untuk bekerja.

Mulakan seawal pagi untuk selesaikan tugas berat. Maksudnya menjelang jam tujuh pagi, semua urusan berat sudah pun selesai. Manakala jam tujuh pagi hingga 10 pagi sudah boleh fokus menguruskan anak-anak dan berselang-seli dengan tugasan yang lebih ringan.



2. Tiada pelanggan

Bagi suri yang baru pertama kali memulakan urus niaga online ini adalah cabaran yang agak sukar. Selagi mana anda tidak mendapat pelanggan, selagi itulah anda perlu berusaha dan mencuba sehingga berjaya.

Mendapat pelanggan pertama secara online, memberikan anda satu isyarat bahawa, berniaga di atas talian itu adalah satu kejayaan kecil. Ia membuka peluang baru untuk anda meneroka lebih aktif untuk benar-benar mampu mendapat hasil sebagaimana usahawan online yang lain.

3. Tiada jualan.

Sudah ada pelanggan namun jualan tidak konsisten pula. Anda melalui hari-hari getir iaitu pendapatan adalah turun dan naik. Ada masa jualan berhasil sekiranya anda aktif mempromosi. ada masa tidak ada jualan sekiranya tidak melakukan promosi. Tiada jualan maksudnya tidak ada wang. Tiada wang memberi isyarat perniagaan online tidak menentu. Ia juga boleh menyebabkan anda tidak bermotivasi dan putus asa.


4. Mahu kerja semula.

Apabila tiada pelanggan, jualan merosot menyebabkan fikiran suri mudah goyah. Semangat yang dahulunya meluap-luap mula pudar. Tidak mudah untuk anda mengembalikan semangat apabila kewangan mula bermasalah.

Sangat penting dalam keadaan ini anda belajar mengurus emosi dan kebergantungan terhadap rezeki. Juga sangat penting ketika ini anda menemui jalan dan isyarat baru 'situasi sebenar' bekerja sendiri.

Anda boleh kembali merancang kewangan atau bekerja semula untuk tempoh tertentu tapi perancangan kali kedua ini sebenarnya lebih tegar dan memerlukan lebih disiplin.


5. Tidak tahu bekembang.

Pada peringkat awal berniaga online, anda bermula sebagai penjual iaitu menjual terus kepada pelanggan dan membina pelanggan. Pada peringkat ini anda belajar untuk berurus niaga dan meningkatkan jualan. Terdapat beberapa lagi peringkat untuk berkembang iaitu membina pasukan rakan niaga dan punya web jualan yang dibantu oleh kakitangan. Seterusnya anda mungkin punya produk sendiri atau beberapa projek usaha sama dengan rakan-rakan bisnes yang lain. Semua ini adalah proses untuk anda berkembang peringkat demi peringkat.

Proses belajar dan proses berkembang itu tidak sama antara individu atau antara seorang usahawan, ia berbeza bergantung pada cara anda menerima proses belajar dan cara anda mencari ilmu baru untuk naik satu fasa ke satu fasa yang lain.

(Tamat)

So, macam mana sekarang???Dapat membantu anda ke??InshaaAllah kita ambil yang baik dan bermanfaat dari artikel yang saya kongsikan ini ok..Amin..Saya doakan anda semua serta saya juga akan berjaya menjadi seorang usahawan yang bekerja dari rumah..

Syam'z de great
(1/11/14)

Comments

Popular Posts