Jerubu Oh Jerebu

Topik hangat masa sekarang ialah JEREBU.


Seingat saya yang memang seorang yang agak pelupa ni, jerebu mula 'glamer' pada awal kurun ke 21 iaitu bermula tahun 2003 ke atas (tak berapa pasti actual year )


Jerebu adalah fenomena yang terjadi akibat pembakaran terbuka dengan keluasan kawasan yang besar. Tak tahulah kenapa MANUSIA ni susah nak dinasihat agar menghentikan pembakaran terbuka ni. Dah la sekarang ni memang kemarau. Siapa yang ada anak kecil memang agak susah hati. Orang seperti saya ni yang tiada pengasuh memang akan sentiasa angkut anak ke sana ke mari. Nasib baik gak anak-anak syurga saya ni tak meragam sangat nak di suruh pakai topeng muka.


syukri 1 tahun 8 bulan

syafi 5 tahun

4 Risiko Jerubu Pada bayi

1. Hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata bayi tidak selesa.

2. Ada bayi mungkin mendapat ruam kulit.

3. Mungkin juga akan mengalami bersin-bersin, hidung berair, gatal mata dan tekak kering serta batuk.

4. Keadaan menjadi lebih teruk jika baby ada simptom asma.

Cara melindungi bayi

1. Jangan keluar rumah

2. Jangan merokok & jauhkan baby drp perokok.

3. Menyusukan baby dengan susu ibu lebih kerap.

4. Amalkan penjagaan kebersihan.

(info daripada Pa&Ma official fan page)

Anak saya yang setahun tu pernah kena gatal-gatal kat badan. Alhamdulillah tak der la teruk sangat. Beberapa hari jer pastu gatal-gatal tu baik sendiri.

Hati2 yer.

- UMMI HEBAT-

Comments

Popular Posts