TINGKAT 4 BLOK SEGIEMPAT.4
Keadaan agak kelam kabut dengan doktor pakar bidan yang tengah memarahi staff nyer, dan keadaan saya yang tidak stabil.
Setelah keadaan agak reda, doktor pakar bidan itu mula bercakap dengan saya. Dia soal, "puan saya nak tanya, ini kelahiran anak puan yang ke berapa?". Maka saya pun menjawab, kelahiran anak yang ketiga. Kemudian dia tanya lagi, "puan anak puan yang kedua berapa tahun?". Saya jawab, setahun dan 6 bulan. Dan soalan yang terakhir, " Puan masih ingat cara untuk berteran?", maka saya jawab ya.
Kemudian doktor tersebut memberi arahan kepada saya begini.
"puan, saya nak puan melahirkan anak puan secara normal. puan perlu teran mengikut kiraan saya. tidak perlu menunggu sakit contraction. saya akan kata, 1,2 and push. puan perlu push ikut kiraan."
Saya mengangguk faham. Dengan 3 kali teran, saya selamat melahirkan anak ke-3 saya dengan linangan air mata tanda kesyukuran yang tiada terhingga.
Suara tangisan anak saya itu, amat nyaring. Dan saya pun diberitahu serta ditunjukkan jantina anak saya. Alhamdulillah, saya mendapat seorang lagi imam muda. Dia diletakkan pada dada saya sekejap, sebelum diambil oleh jururawat untuk dibersihkan.
Saya sendiri pun dibersihkan dan dijahit oleh jururawat yang bertugas. Setelah selesai semuanya, saya dan baby baru ditolak masuk ke wad bersalin.Berat baby saya sewaktu lahir ialah 3.17kg dan masa kelahiran ialah 3.14pm pada tarikh 3 Disember 2009.
Kedudukan dalam family: Anak ke-3
Tarikh Lahir : 3 Disember 2009
Masa Kelahiran : 3.14pm
Berat semasa kelahiran : 3.17kgs
Permulaan hidup anak saya yang ke-3 penuh dengan nombor 3. Heheheheh..Indahnya perancangan Allah.
Setelah samapai di wad, saya cuba untuk menyusukan anak ini, tetapi tiada respon. Kemudian saya cuba lagi dan terus cuba. Masih tiada respon dari bayi saya. Kemudian saya duduk di kerusi sambil memerhati bayi saya ini. Terdetik di dalam hati, kenapa dia tak nak susu?
Kemudian datang jururawat untuk memeriksa keadaan saya, dan mendapati tekanan darah saya SANGAT TINGGI. Saya dinasihatkan untuk berehat. Tetapi saya bagi tahu jururawat kenapa anak saya tak nak susu. Dia kata, ala biasala puan, baby baru lahir. Kira ok la anak puan tak nangis, jadi puan dapat lah berehat. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur memikirkan kenapa anak saya tak terjaga untuk menyusu.
Akhirnya saya tertidur juga pada jam 6 pagi setelah puas dimarahi oleh jururawat kerana tekanan darah saya amat tinggi.
Pada jam 8 pagi, saya tersedar dan anak saya MASIH tidak terjaga ataupun menangis. Kencing nya amat kuning, kerana tiada air susu yang diminum nya. Tiada tanda-tanda untuk membuang air besar. Saya mula cemas, kerana sepanjang malam dia tidak menyusu dan menangis. Seperti ada yang tak kena. Kerana secara normalnya, bayi akan menangis dan meminta susu setelah beberapa jam dilahirkan.
Saya pergi membersihkan diri, dan setelah selesai saya terus ambil anak saya dari dalam baby cot dia dan cuba untuk memberi susu kepadanya. Respon masih sama. Saya sangant2 GELISAH dan SUSAH HATI.
Kira-kira jam 10 pagi, anak saya mula MUNTAH. Muntah hijau. Ya Allah, kenapa ni????
Nantikan sambungan nya
- UMMI HEBAT -


Comments