UNIQUE
Saya rasa memang ramai yang subscribe otai-otai IM punya news kan.? Jangan tak mengaku lah, especially yang buat online business.
Selalu saya jumpa antara tips yang otai IM berikan ialah, be UNIQUE lain dari yang lain. So saya ni dah lah bukan nya business minded ( baru nak merangkak dalam dunia business ). Jadi, saya selalu terpikir HOW TO BE UNIQUE?
Macam dalam gambar kat atas tu. THUMBPRINT kita semua tak sama. MUSTAHIL akan dapat yang sama antara berbillion-billion manusian di atas bumi Allah ini.
Saya jual supplement SHAKLEE, rasanya dah berlambak2 pengedar2 sah shaklee di luar sana.
Hasil dari perbualan saya dan kakak saya pada suatu petang yang indah, saya telah membuat keputusan di luar jangkaan saya sendiri. Think out of the BOX.
Box saya ialah business. Tetapi saya tak terfikir bahawa to be unique you need something yang berbeza dari orang lain. So saya terfikir why not saya jadikan pengalaman saya duduk di hospital selama EMPAT TAHUN itu as my unique part. Idea datang pun atas bantuan my dear sister.
In shaa Allah, saya akan buat seperti ala-ala buku la kot, pengalaman yang saya lalui selama 4 tahun itu. Dan saya akan namakan nya as TINGKAT 4 BLOK SEGIEMPAT.
Saya akan update time to time cerita-cerita yang saya masih ingat selama 4 tahun saya menjaga anak saya di SARAWAK GENERAL HOSPITAL. Doakan saya yer.
- UMMI HEBAT-




Comments