TINGKAT 4 BLOK SEGIEMPAT.2
Pada 1 Disember 2009, saya 'menyerahkan' diri ke Hospital Miri. Itu pun saya agak liat nak pergi ke hospital.Memandangkan ayah dan ibu saya ada bersama saya di Miri pada waktu itu, maka saya pun pergi la ke hospital dengan berat hati.
Sampai sahaja di wad kecemasan saya pun di arahkan pergi ke dewan bersalin untuk pemeriksaan. Setelah sampai di situ, saya memohon agar saya di periksa oleh doktor wanita. Malangnya semasa itu, doktor wanita yang bertugas sedang sibuk dengan pesakit lain. Maka saya pun terpaksa bersetuju untuk di periksa oleh doktor lelaki.
Setelah diperiksa oleh doktor, dia agak terkejut kerana pintu rahim telah terbuka 3cm, tetapi saya masih tidak merasa apa2 kontraksi untuk bersalin. Saya dijadualkan akan bersalin pada sebelah malam. Makanya saya di arahkan untuk mendaftar masuk ke wad bersalin sementara menunggu masa untuk bersalin.
Hanya Allah jualah perancang yang terbaik. Saya tidak bersalin seperti yang telah dianggarkan oleh doktor tersebut. Maka bermalam untuk malam yang kedua. Alhamdulillah, saya sentiasa diperiksa oleh doktor wanita. Mungkin ini hikmahnya. Saya terfikir begitu.
Pada pagi 3 Disember, doktor telah merasa agak cemas, kerana saya masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin. Manakala pintu rahim kekal pada 3cm. Saya di senaraikan sebagai pesakit KIV.
Tepat jam 10pagi doktor wanita yang berbangsa india (cantik tau doktor ni) memeriksa saya, sambil dia berkata "puan harap2 kali ini bukaan pintu puan cecah 4cm. sekiranya sudah 4 cm, kami akan tolak puan ke dewan bersalin". Saya hanya tersenyum. Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya pada waktu itu.
Nak kasi korang suspen lagi. Apa yang terjadi berikutnya????
Adakah saya di tolak masuk ke dewan bersalin @ dewan bedah??
Tunggu sambungan nya nanti
- UMMI HEBAT-

Comments