TINGKAT 4 BLOK SEGIEMPAT.5

Saya menjadi cemas bila mana anak saya muntah hijau. Saya terus memberitahu jururawat yang bertugas. Jururawat tersebut pula memberitahu perihal tersebut kepada doktor pelatih (HO).

HO tersebut mengambil bayi saya dari tangan saya dan cuba untuk buat dia sendawa. Memandangkan beliau berpendapat saya tidak cuba membuat bayi saya sendawa selepas menyusu. Di dalam hati saya berkata, 'nak bagi sendawa macam mana, menyusu pun tidak lagi'.

Dalam pada itu, saya sempat menghubungi ibu saya, sambil bertanyakan pendapat ibu mengapa anak saya bolah muntah hijau. Pendapat orang lama pula, ibu mengatakan bahawa bayi saya sudah tertelan air ketuban memandangkan bayi saya pun overdue.

gambar hiasan jer


HO tersebut memberikan kembali bayi saya dan mencadangkan saya agar terus berusaha menyusukan bayi. Kemudian bayi muntah lagi. Perasaan saya sebagai ibunya sudah tidak keruan. Saya memanggil kembali jururawat tersebut, Alhamdulillah, dia telah memaklomkan keadaan bayi saya kepada unit rawatan rapi untuk bayi, NICU. Tidak lama kemudian, doktor daripada NICU pun membuat pemeriksaan keatas bayi saya. Bayi saya diambil dari saya pada jam 10.30pagi.

Doktor tersebut memberitahu saya, dia ingin membuat pemeriksaan lanjut untuk bayi saya, kerana insiden muntah hijau adalah amat membimbangkan beliau. Saya akan dimaklomkan kemudian.

Tekanan darah saya semakin tidak menentu.Ini kerana perasaan saya teramat risau, mengenangkan keadaan bayi saya yang belom pasti lagi. Jururawat menasihatkan saya agar berehat dan cuba untuk bertenang. Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bayi saya normal.

Saya telah menelefon suami dan memberitahu keadaan bayi saya yang sedang di periksa oleh doktor. Kira-kira jam 2 petang, saya dipanggil ke unit NICU. Seorang doktor muda berbangsa Cina, memberi penerangan ringas mengenai bayi saya. Keadaan bayi telah pun berselirat dengan wayar2 yang berwarna-warni. Perut bayi saya telah kembung. Teramat besar. Saya menangis teresak-esak, bila mana saya melihat keadaan bayi comel saya jadi begitu.

Doktor itu memberitahu, daripada x-ray yang telah dilakukan, kelihatan seperti usus anak saya tersumbat. Kedudukan usus yang tersumbat itu amat jauh daripada lubang duburnya. Jadi tiub yang cuba dimasukkan melalui duburnya tidak sampai kepada kawasan yang tersumbat.

Keadaan saya yang sedang menangis tidak memungkinkan saya untuk bersoal jawab dengan doktor tersebut. Saya meminta doktor tersebut untuk menunggu kedatangan suami saya untuk kami sama-sama mendengar penjelasan dari dia.

Penerangan yang panjang telah diberikan oleh doktor muda tersebut kepada saya dan suami. Kami hanya menunggu Doktor Specialist yang akan mengadakan lawatan yang telah dijadualkan pada 14 Disember 2009.

Bagaimana dan apa yang terjadi sepanjang tempoh 11 hari menunggu kedatangan doktor pakar dari Kuching Hospital???

Saya sambung lagi nanti.

- UMMI HEBAT cenggini HAAAA-

Comments

Popular Posts