TINGKAT 4 BLOK SEGIEMPAT.1

Pada tahun 2006, bulan disember saya telah mendapat zuriat yang pertama dalam hidup saya. Alhamdulillah, anak lelaki pertama yang Allah kurniakan sihat walafiat. Sungguh sempurna.


My first and second child

Disebabkan saya berkahwin pada usia yang agak lewat untuk seorang wanita iaitu pada usia 28tahun, maka suami dan saya tidak ingin mengamalkan family planning. Sekali lagi Allah mengurniakan saya anak lelaki yang kedua pada May tahun 2008.Juga sempurna dan sihat walafiat.

Sesungguhnya dugaan Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Masa kehamilan saya yang pertama dan kedua, saya memang tiada mengalami alahan dan juga tiada mengidam. Sure ramai ibu-ibu yang jeles kan. Hanya Allah jualah perancang bagi semua kejadian.

Ditakdirkan saya mengandung lagi untuk kali yang ketiga, juga tiada alahan dan mengidam. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Setelah mendapat anak pertama dan kedua yang sihat, maka kiranya anak yang ketiga juga begitu. ( saya berharap).

Dari segi kandungan saya memang tidak menunjukkan apa-apa yang mencurigakan. Saya hanya mengambil vitamin2 yang biasa dibekalkan kepada ibu-ibu yang mengandung oleh klinik kesihatan ibu dan anak. Masa ni tak tahu dan tak pernah tahu pasal SHAKLEE punya set mengandung.

Setelah dekat tarikh yang dijangkakan iaitu 27 Nov 2009, saya masih tidak mempunyai tanda-tanda untuk melahirkan anak. Saya pergi ke klinik seperti biasa. Dan mereka yang bertugas pada hari tersebut menyarankan agar saya pergi terus ke hospital pada 1 Disember 2009, sekiranya masih belum melahirkan anak.

ok. Nanti sambung yer. Apa yang akan terjadi kepada saya???

notakaki: kalau nak komen dipersilakan. mana tahu nak cuba teka apa yg bakal jadi. heheheh


- UMMI HEBAT-


Comments

Hero Borneo said…
cerita yang menarik..tak sabar nak tahu kisah selanjutnya
Unknown said…
InshaaAllah dalam minggu ni akan sambung semula..nantikan sambungan...

Popular Posts